CEPATNYA MASA BERLALU Sungguh pantas masa berlalu, tup-tup dah masuk bulan 3. Pihak admin meminta maaf sebab lama tidak mengemaskini laman sesawang ni. Laptop kena H1N1 dan sibuk dengan kekakang masa membuatkan ia terbiar sekian lama. Menjengah ke bulan 3 ni berbagai aktiviti telah dan akan dilaksanakan. Bermula dengan acara sukantara pada 1-4 Mac yang telah membuka jalan untuk hari sukan sekolah yang akan diadakan pada 8 - 11 Mac ini. Dalam kesibukan menguruskan sukan, pelajar dan guru juga bertungkus lumus menghadapi Ujian Penilaian Tahap 1 yang telah diadakan bermula 24 Feb hingga 2 Mac. Selain itu sekolah juga turut menerima kunjungan dari pelajar-pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Cawangan Muadzam Shah yang menjalankan program STIF mereka di dewan dan padang SEMEKAR pada 27 Feb yang lalu. Program yang bertujuan mengeratkan hubungan pelajar universiti dengan masyarakat ini telah diisi dengan acara seperti anak angkat, motivasi, sukaneka dan lain-lain. Tanggal 4 Mac pula diadakan Majlis Kesyukuran sempena kejayaan pelajar dalam PMR yang lalu di surau sekolah. Bacaaan Yassin, Tahlil dan Doa kesyukuran telah mengisi ruang acara pada malam tersebut. Keesokannya pula iaitu pada 5 Mac telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG bertempat di Dewan SEMEKAR. Mesyuarat ini telah dirasmikan penutupannya oleh YB Dato' Hj Mohd Safri Abdul Aziz. 2 ekor lembu sumbangan YB ADUN Bukit Ibam tersebut telah di tumbangkan sempena majlis ini. Pada 1 Mac juga sekolah telah menerima seorang bakal guru yang membuat praktikal di sekolah ini. Beliau adalah Cikgu Mohd Shafie yang menuntut di Universiti Perguruan Sultan Idris. Beliau akan bertugas selama 3 bulan di sekolah ini. Dikesempatan yang ada ini juga pihak admin ingin megucapkan selamat pengantin baru kepada cikgu Nor azwany Che Hassan yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 7 Mac 2010. Moga Allah merestui dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Juataan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan acara-acara diatas. Gambar-gambar bagi acara-acara yang telah dinyatakan bakal menyusul kemudian. |