Laman Utama  
Tuesday, 07 September 2010
PENTING (Firefox)

Laman Web Ini Lebih Sesuai Dilayari Menggunakan Browser Moxilla Firefox

 SERTAILAH PERTANDINGAN MENCIPTA DIALOG. KLIK DISINI

Mutiara Quran
Displaying:
Srh. Al-Anfal (8)
Ayat 38
 Listen to this ayat (verse)  Þõá áöáøóÐöíäó ßóÝóÑõæÇú Åöä íóäÊóåõæÇú íõÛóÝóÑú áóåõã ãøóÇ ÞóÏú ÓóáóÝó æóÅöäú íóÚõæÏõæÇú ÝóÞóÏú ãóÖóÊú ÓõäøóÉõ ÇáÃóæøóáöíäö
8.38 . Tell those who disbelieve that if they cease ( from persecution of believers ) that which is past will be forgiven them ; but if they return ( thereto ) then the example of the men of old hath already gone ( before them , for a warning ) .

[ Srh. Al-Anfal : 38 ]
Pos terkini Forum SEMEKAR
ALLAH LEBIH MENYAYANGI MEREKA Cetak E-mail
Rating Pengguna: / 2
TerukBagus 
Ditulis oleh HangTuah   
Wednesday, 09 December 2009

Empat beradik meninggal bersama

Oleh Irwan Shafrizan Ismail
Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya

Lemas ketika cuba selamat adik jatuh terusan

MUADZAM SHAH: Empat beradik meninggal dunia dalam kejadian menyayatkan apabila tiga daripadanya lemas ketika cuba menyelamatkan adik mereka yang terjatuh ke dalam terusan di Ladang Kelapa Sawit Kota Bahagia di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang, Muhammad Syukri Md Shamsuri dan Norsyafiqah - kedua-duanya berusia 15 tahun yang menunggu keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR), serta Muhammad Syafiq, 12, dikatakan nekad terjun ke dalam terusan itu tetapi ketiga-tiganya turut lemas bersama adik mereka, Norsyakirah, 8.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin, Cif Inspektor Abdul Rahman Abdul Jalil, berkata empat beradik itu serta dua lagi kembar berusia enam tahun, Nor Ain Syahirah dan Nor Ain Syariah, mengikuti ibu bapa mereka, Md Shamsuri Maulana, 46 dan Saeyah Mohd Noor, 38, ke terusan berkenaan untuk memancing dan berkelah sempena cuti sekolah.

 

Bagaimanapun, katanya, empat beradik itu memaklumkan mahu memancing dan mandi di kawasan berhampiran.

"Sebaik sampai di kawasan terbabit, Norsyakirah dipercayai tergelincir ke dalam terusan sedalam tujuh meter menyebabkan yang lain terjun bagi menyelamatkannya.

"Pada masa sama, bapa mangsa tergerak untuk melihat anak-anaknya yang berada agak jauh tetapi menjumpai joran serta selipar sebelum terlihat kelibat tangan mangsa terkapai-kapai di permukaan terusan berkenaan," katanya.

Abdul Rahman berkata, bapa mangsa segera terjun ke dalam terusan itu bagi menyelamatkan anak-anaknya, tetapi terpaksa naik semula selepas beliau sendiri hampir lemas.

Md Shamsuri kemudian berlari ke arah jalan besar, kira-kira 100 meter dari tempat terbabit dan menahan sebuah kenderaan bagi meminta bantuan untuk menghubungi pasukan Bomba dan Penyelamat.

Abdul Rahman berkata, 15 anggota bomba dan penyelamat bersama polis daerah ini terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

"Anggota penyelamat mengambil masa dua jam bagi mencari mayat mangsa yang ditemui di dasar terusan. Mangsa pertama dikeluarkan ialah Muhammad Syukri, diikuti Nursyakirah, Nursyafiqah dan Muhammad Syafiq. Mayat semua beradik itu dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat," katanya.

Petikan dari Berita Harian 8 Disember 2009

 

Atuk Allahyarham dan Allahyarhamah MAULANA Harun (kiri) bersama ahli keluarga meratapi jenazah empat cucunya yang lemas di terusan di Muadzam Shah.
Atuk Allahyarham dan Allahyarhamah MAULANA Harun (kiri) bersama ahli keluarga meratapi jenazah empat cucunya yang lemas di terusan di Muadzam Shah.
 

 

 Al-Fatihah untuk kesemua arwah........

Berita di atas amat menggemparkan warga SMK Keratong. Saya yang menonton Buletin Utama TV3 jam 8 malam 7 Disember tertanya-tanya siapakah empat adik beradik tersebut. Rupa-rupanya 2 orang dari mereka adalah warga SEMEKAR. Takziah buat keluarga Allahyarham dan Allahyarhamah. Sekolah kehilangan 2 orang pelajar contoh serta mempunyai akhlak yang terpuji. Muhammad Syukri merupakan pengawas yang sentiasa ringan tulang membantu guru-guru, begitu juga dengan saudara kandungnya Nursyafiqah yang sentiasa menghormati guru dan menyiapkan tugasan yang diberi dengan sempurna tetap dalam ingatan dan kenangan kami. Ajal maut Allah juga yang Maha mengetahui. Semoga roh mereka semua di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang terpilih. 

 

 

 

Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 09 December 2009 )
 
< Prev   Seterusnya >
Masa Itu Emas
Perancangan Bulan Ini
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL KE 2 2010
September 8, 2010, 12:00 am - 3:00 am
...
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL KE 2 2010
September 9, 2010, 12:00 am - 3:00 am
...
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL KE 2 2010
September 10, 2010, 12:00 am - 3:00 am
...
CUTI AIDILFITRI 2010
September 10, 2010, 12:00 am - 12:00 am
...
CUTI AIDILFITRI 2010
September 11, 2010, 12:00 am - 12:00 am
...

September 2010

MonTueWedThuFriSatSun
0102030405
06070809101112
13141516171819
20212223242526
27282930
Tarikh Hijriah
Ramadhan
28
Selasa
1431 HIJRAH
Mari Bersembang
siapa Online..
Kami ada 18 tetamu online
RUANG PROMOSI

SmileBERKUNJUNGLAH KESmile

SmilePUSTAKA IBNU SINASmile

SMK KERATONG


WAKTU OPERASI :

ISNIN - JUMAAT

7.45 PAGI - 2.30 PTG

2.30 PTG - 3.00 PTG (REHAT)

3.00 PTG - 5.00 PTG

SABTU (MINGGU 1 & 3)

8.00 PAGI - 1.00 TGH