|
Ditulis oleh HangTuah
|
|
Friday, 25 December 2009 |
|
Halaman 1 terhadap 2 KEPUTUSAN PMR 2009 Detik jam 11.30 24 Disember 2009 ketibaan GPK 1 Ustaz Saudi bin Jusoh dan Cikgu Mad Rosli Hussain di pekarangan Dataran SEMEKAR disambut dengan penuh gundah gulana dikalangan guru dan pelajar yang telah lama menanti keputusan PMR 2009 dari PPD Rompin. Dengan senyuman Ustaz Saudi memaklumkan sekolah SMK Keratong telah menunjukkan pencapaian yang lebih baik pada tahun ini. Khabaran tersebut amat mengembirakan. Syukur pada Illahi yang menganugarahkan pencapaiaan ini.  Cikgu Rosli Membawa Keputusan Dengan Senyuman |
 Guru-guru bertungkus lumus membelek result pelajar |
SMK Keratong menduduki kedudukan keempat di daerah Rompin selepas sekolah-sekolah hebat iaitu SMKA Pahang, SMK Rompin dan SMK Muadzam Shah. Ini merupakan petanda yang baik hasil berkat usaha gigih pelajar, guru dan di dorong sokongan ibubapa serta masyarakat setempat.Selain itu juga SMK Keratong menduduki tempat pertama dari sekolah di penempatan FELDA dalam daerah ini, ini membuktikan dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan berkat doa apa yang kita hajati boleh dicapai.
|
|
Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 19 January 2010 )
|