Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Segala puji-pujian bagi Allah tuhan sekelian alam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Sayyidina Muhammad (SAW) nabi dan rasul yang terakhir. Selawat dan salam juga ke atas keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda keseluruhannya. Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat ilahi kerana limpah dan kurniaNya dapat kita berinteraksi di laman maya ini yang tak pernah terjangkau oleh pemikiran kita sebelum ini. Dalam merealisasikan Negara maju menjelang 2020 anak-anak didik SMKK bukan sahaja perlu kepada bidang akademik semata-mata malah bidang-bidang lain juga perlu dititik beratkan seperti bidang ko-kurikulum, ICT dan sahsiah. Kesemua komponen ini perlu di integrasikan bagi melahir insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Dalam ruangan ini saya ingin merakamkan kesyukuran di atas segala nikmatNya di mana dengan kemurahan dan limpahNya mengurniakan akal kepada manusia untuk manusia menggunakannya dalam mentadbir alam ini. Kini akal manusia mampu mencipta dan meneroka bidang ilmu yang lebih luas dan hebat-hebat serta bersifat global. Seluruh dunia seakan berada di hujung jari. Dengan beberapa klik kita mampu menguasai banyak perkara. Syabas dan tahniah kepada guru-guru ICT khususnya jawatankuasa laman web sekolah yang telah berjaya menyediakan laman web buat tatapan dan kegunaan warga SMK Keratong, bekas pelajar SMKK, ibu bapa dan orang awam lain yang boleh mengambil kebaikan daripadanya. Semoga kewujudan laman ini boleh digunakan semaksimum yang mungkin oleh para guru SMKK dalam mencungkil bakat anak didik SMKK ke arah melahirkan insan yang celik ICT pada masa depan. Selain itu warga SMKK juga dapat berinteraksi secara maya sama ada dalam bentuk meluahkan rasa, memberi pendapat dan berkongsi pengetahuan dalam memajukan lagi SMKK. Sama-sama kita menapak ke hadapan mengorak langkah agar perjalanan kita lebih jauh maju ke depan sesuai dengan Visi sekolah kita : “SMK KERATONG PENJANA KECEMERLANGAN INSAN DALAM AKADEMIK, KO-KURIKULUM DAN SAHSIAH MENJELANG 2010”. “Di mana ada kemahuan di situ ada jalan” Selamat Maju Jaya. Pn Hjh Marsunah bt JemainPengetuaSMK Keratong26900 Bandar Tun RazakPahang Darul Makmur |